Tuesday 25 February 2014

Sayangi Isteri dan Anak-Anak dengan Didikan Agama, Doa, Makanan dan Rezeki yang Halal

Isteri dan anak-anak adalah anugerah, amanah dan ujian kepada kita, para lelaki, suami mahupun bapa. Sebagai ketua keluarga kita yang akan menentukan bahtera pelayaran kemana arah yang ingin kita bawa keluarga kita ini. Baik dan soleh pelayarannya insyaAllah destinasinya syurga. Silap percaturan mungkin azab menanti.

Didikan Agama

Didikan dan amalan agama amat perlu dalam membawa keluarga kita ke jalan yang diredhaiNya insyaAllah. Antara yang boleh kita praktikkan bersama adalah:

1. Solat berjemaah bersama-sama; suami sebagai imam, anak dan isteri sebagai makmum. Sesekali boleh minta anak yang umur 6 tahun ke atas untuk azan dan iqamat, dan boleh juga minta yang berumur 7 tahun keatas untuk bacakan doa. Doa bahasa Melayu pun boleh untuk lebih pemahaman dan penghayatan.

2. Solat berjemaah disurau; Sesekali bawa semua anak dan isteri untuk ke surau untuk solat berjemaah, umpamanya pada waktu solat magrib dan isya' ataupun pada hujung  minggu, bagi memberikan roh masjid dan surau kepada keluarga kita

3. Pendidikan agama: Kuliah magrib, dan kuliah subuh pada hujung minggu yang diadakan di surau dan masjid berdekatan dengan taman kita adalah waktu yang sesuai untuk memupuk semangat cintakan ilmu agama dalam keluarga.

Anak-anak di bawa bersama untuk solat Jemaah dan mendengar kuliah agama di surau terutamanya pada hujung minggu


4. Tazkirah ringkas: Selepas solat magrib, kita sekeluarga boleh melakukan sesi perbincangan keluarga. Pada waktu ini segala persoalan keluarga boleh diutarakan. Boleh juga bacakan fadilat amal; fadilat solat, baca quran, zikir dan sahabat kepada ahli keluarga. Jika ada anak-anak yang berumur 4 tahun ke atas memang akan meriah dengan pertanyaan-pertanyaan. Jawab ikut kemampuan akal mereka berfikir.

5. Mengaji Quran: Jika mampu boleh ajar mereka sendiri di rumah. Cuma pengalaman kami agar sendiri sedikit mencabar berbanding dengan hantar ke rumah guru Quran. Anak-anak kan manja dengan ibu bapa, jadi bila kita ajar sendiri, kemanjaan mereka terbawa-bawa dalam belajar. Jika boleh sabar Alhamdulillah. Pendapat kami, jika kawasan perumahan ada rumah atau surau tempat ustaz atau ustazah ajar kanak-kanak mengaji Quran, boleh hantar mereka. Anak-anak memang akan seronok sangat bila boleh baca Quran dirumah guru kerana dapat ramai kawan baru.

Awal-awal dulu kami agar sendiri bacaan Iqra', bila dah besar sikit dan dah kenal huruf kami hantar ke rumah Ustazah untuk sambung bacaan Iqra' dan al Quran. Alhamdulillah 3 yang besar ni dah baca Quran, Yusuf yang nombor 4; umur 2 tahun lebih masih pelat cakap, tapi biasanya diapun akan ikut mengaji sama di rumah Ustazah. Terima kasih ustazah. Moga jasa baik ustazah mendapat ganjaran yang setimpal daripadaNya


6. Bercerita: Anak-anak suka bercerita. Balik sekolah, dalam kereta memang ada je cerita baru yang mereka luahkan. Sama-sama kita jadi pendengar yang baik dan layan emosi dan perkembangan mental mereka sebaiknya. Bagi nasihat dan panduan berpadanan dengan akal fikiran mereka.

7. Sekolah dan tadika: Sama-sama kita pilih tadika dan sekolah yang terbaik untuk anak-anak kita; bukan sahaja dari segi akademik, malah juga pembentukan akhlak dan sahsiah anak-anak. Jika di Bangi ini, setahu kami antara sekolah yang terbaik adalah Sekolah Sri Al Amin Bangi, Sekolah Integrasi, beberapa sekolah swasta lagi seperti Sri Aisyah, Sekolah ABIM. Jika sekolah kebangsaan harian, Sekolah Jalan 3 dan Jalan 4 memang jadi tumpuan para ibubapa. Boleh rujuk entri terdahulu ini tentang pemilihan sekolah di Bangi berdasarkan pengalaman kami yang ada 3 orang anak sekolah rendah sekarang.


Makanan dan rezeki yang halal

"Makanan yang tumbuh daripada yang haram, maka neraka lebih layak untuknya" maksud hadis.

Sebagai ketua keluarga, kita seharusnya usaha sebaik mungkin untuk memastikan rezeki yang kita suapkan kedalam mulut anak dan isteri adalah rezeki halal lagi barokah. Biar sikit asalkan halal, berkhasiat dan barakah. InsyaAllah, berkat dan kualiti itu lebih perlu diutamakan berbanding kuantiti. Antara yang boleh kami cadangkan berdasar pengalaman kami adalah:

1. Rezeki halal: Gunakan tenaga dan akal fikiran kita untuk jauhkan segala perbuatan yang melibatkan syubahat apatah lagi haram. Contohnya jangan gunakan barangan pejabat seperti pen, marker, printer dan computer untuk urusan peribadi. Urusan peribadi perlu kita gunakan peralatan peribadi kita sendiri.

2. Zakat harta pendapatan: 2.5% setahun daripada jumlah pendapatan kita perlu dizakatkan. Ada jadual pengiraannya sepertimana dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Boleh rujuk kalkulator pengiraan zakat di http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/. Setiap tahun baru, biasanya kita akan dapat kenaikan gaji, jadi selaraskan kenaikan gaji kita dengan potongan zakat tahunan. InsyaAllah rezeki akan lebih berkat.

3. Sedekah: Biasakan dalam keluarga untuk bersedekah. Antara yang boleh kita amalkan adalah, setiap hari Jumaat boleh tambahkan RM1 kepada belanja harian sekolah anak-anak kita, untuk didermakan di surau sekolah, ataupun surau taman, ataupun untuk belanja kawan sekelasnya yang kekurangan. Setiap kali ke surau bersama keluarga dan anak-anak, bagi anak-anak yang sumbangkan ke dalam tabung masjid. Mula-mula buat biasanya mereka akan tanya kita "kenapa". Jawab sekadar kemampuan akal mereka untuk memikirkannya. Biasanya akan ada soalan susulan. Jawab dan kembangkan pengetahuan, pemikiran dan fadhilat mengapa kita minta mereka buat sesuatu perkara itu.



4. Didikan kewangan: Didik anak dan isteri tentang kewangan Islam, kepentingan menabung, buka akaun Tabung Haji untuk mereka semua. Daftarkan Haji mereka, cukupkan RM1300 dalam akaun tabung haji sudah melayakkan mereka untuk didaftarkan giliran haji. Tabung dirumah juga perlu disediakan pada anak-anak untuk galakkan mereka menabung. Jika ada lebihan tabungan mereka, boleh juga kita tukarkan kepada bentuk dinar emas. Alhamdulillah ini yang kami amalkan sekarang dalam keluarga.

5. Potongan gaji: Potongan gaji bulanan perlu kita peruntukkan untuk ibubapa kita dikampung, untuk isteri dan juga untuk anak-anak. Potong terus ke akaun Tabung Haji mereka setiap bulan. Jika majikan kita boleh buatkan potongan terus daripada penyata gaji, itu lebih baik, tak perlu kita buat secara manual.


Potongan gaji terus dibuat ke akaun Tabung Haji ibu, diri, isteri dan anak-anak


6. Takaful: Isteri dan anak-anak adalah asset kita. Mereka adalah harta yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Takaful akan membantu memudahkan kehidupan mereka jika sesuatu bencana terjadi kepada kita mahupun keluarga. Beringat sebelum kena, Sediakan paying sebelum hujan. Kita sebagai ketua keluarga perlu mencarum takaful dalam jumlah yang berpadanan untuk menampung keluarga sekiranya sesuatu musibah berlaku kepada kita. Anak dan isteri juga perlu kita carumkan dengan kadar yang berpatutan. Sebagai permulaan boleh mula dengan RM100 untuk suami dan isteri, dan RM50 untuk setiap anak. Bila kewangan makin stabil dan tanggungan makin banyak boleh tingkatkan nilai takaful keluarga kita.
  
7. Perbelanjaan bulanan: Didik anak-anak dan isteri agar sama-sama berhemah dalam berbelanja. Utamakan mana yang lebih utama. Pembelian barang dapur secara pukal juga dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan keluarga.

8. Makanan harian. Pelbagaikan sumber makanan keluarga. Jika mampu boleh masak sendiri di rumah bersama anak, suami dan isteri. Jika tidak boleh juga makan diluar, tapi pilih-pilihlah kedai ataupun restoren yang bersesuaian dengan keluarga kita. Jika mampu lagi boleh ambilkan orang gaji untuk membantu kita dalam membuat kerja-kerja rumah. Isteri yang berkerjaya memang memerlukan pertolongan kita; suaminya dalam melicinkan tanggunjawab rumahtangga. Kehadiran pembantu rumah dapat meringankan sedikit bebanan rumahtangga; anak-anak kecil dan keadaan rumah lebih terurus. Hal masakan, isteri boleh ajar mereka memasak ikut selera kita. 

Biasanya yang kami amalkan, isteri akan minta pembantu untuk sediakan alat-alatan memasak sebelum balik rumah. Balik petang dari pejabat isteri akan masakkan ikut selera dan gaya kita. Lama kelamaan dengan latihan insyaAllah mereka akan mahir dengan selera dan kemahuan masakan kita. Cabarannya dalam membesarkan 5 orang anak ini, dah 4 orang pembantu kami silih berganti. Kos permulaannya sekitar 6-7 ribu, kali 4 bersamaan RM28 000. Gaji bulanan sekarang RM700. Duit tidak menjamin kebahagiaan, tetapi boleh sedikit sebanyak membantu kita untuk membina kehidupan yang lebih bahagia.

Gizi dalam makanan juga perlu diseimbangkan, tambahan untuk anak-anak kecil yang sedang membina fizikal dan mental mereka. Sama-sama kita jauhkan makanan ringan yang memudahratkan kesihatan. Antara yang boleh kami syorkan adalah kismis, madu lebah, kurma, kacang badam, air zam-zam, minyak zaitun, za'faran. Jauhkan daripada makanan yang dihinggapi semut, makanan yang bersifat masam, kacang dhal, kepala ikan yang mampu melemahkan daya ingatan.


Meal shakes, omega guard untuk anak-anak. Madu lebah, kismis, kacang badam dan air zam-zam untuk seisi keluarga

Zaman moden dengan kehidupan yang aktif kita juga boleh tambahkan dalam gizi harian mereka dengan meal shakes yang dirumus khas untuk makanan segera anak-anak yang mengandungi 19 jenis vitamin yang diperlukan oleh badan mereka antaranya kalsium, vitamin E, vitamin C, iron, zink, vitamin A, B dan D. Memang lengkap. Hanya perlu bancuhkan dengan air suam ataupun air sejuk, dan sedia untuk diminum. Boleh masukkan dalam 1 menu harian mereka bagi yang berumur 7 tahun ke atas, contohnya sebagai minum pagi ataupun minum petang mereka. Bagi yang bawah 7 tahun, boleh kurangkan sukatan, ataupun boleh bagi selang sehari. InsyaAllah perkembangan mental dan fizikal mereka akan lebih terjaga.

Selain meal shakes kami juga berikan mereka minyak ikan omega bagi membantu perkembangan mental mereka agar lebih cerdas dan sihat. Anak adalah asset kita pada masa hadapan. Jadi bagikan yang terbaik untuk mereka, insyaAllah pulangannya di masa hadapan tidak terhitung harganya.

Vitamin C juga kami tambahkan dalam menu harian mereka. Shaklee ada chewable vitamin C. Jika Shaklee tiada stok vitamin C ini, kami akan berikan mereka vitamin C yang diambil daripada klinik berhampiran rumah. Bukan setiap hari, pengambilannya hanya bila perlu sahaja.

Selain meal shakes, omega guard, vitamin C, kami juga bekalkan mereka dengan nutriferon iaitu produk Shaklee yang telah dipatenkan bagi meningkatkan system imun badan kita. Bukan anak-anak je yang makan, kami suami isteri pun makan sama. Masanya bila perlu sahaja, contohnya bila badan anak-anak terasa sedikit panas. Alhamdulillah setakat ini sangat membantu kami mencegah mereka daripada terkena penyakit, dengan izin Allah.

Untuk isteri pula, biasanya Liza akan ambil ESP, vitamin C, B complex, vitalea, ostematrik dan juga alfalfa, dan sesekali ambil nutriferon. Lukeman sendiri ambil zink complex, vitamin E, vitalea, B Complex, ostematrik, sesekali vitamin C, performance drink dan nutriferon.


Meal shakes untuk Muhammad, Aisyah dan Athirah, ESP untuk Liza dan performance drink untuk Lukeman

ESP+ alfalfa untuk Liza, Zinc untuk Lukeman, yang lain kongsi bersama.


Doa dan Hadiah

Setiap hari kita perlu doakan kejayaan anak isteri dan keluarga kita. Antara doanya adalah

1. "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". QS 2 Al Baqarah ayat 201

2. “Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku” QS 14 Ibrahim ayat 40
  
Didalam raudah, masjid Nabawi mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat untuk ibu bapa, anak isteri, keluarga, guru-guru, saudara mara, jiran, sahabat handai dan seluruh muslimin dan juga muslimat


Di dalam Hijir Ismail, solat sunat hajat dan antara tempat mustajab doa

Di dalam Hijir Ismail di bawah pancur emas antara tempat mustajab doa.

Hadiah untuk anak dan isteri akan lebih membahagiakan rumahtangga. InsyaAllah moga rumahtangga kita beroleh mawaddah wa rahmah dan berbahagia di dunia dan juga akhirat, insyaAllah

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" QS 3 Ali’Imraan, ayat 14

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, (1) sedekah jariah, (2) ilmu yang dimanfaatkan dan (3) anak yang soleh mendoakan untuknya" HR Muslim.


Doa agar diri, anak dan keturanan kita sentiasa mendirikan solat. QS14 Ibrahim ayat 40


Moga ada manfaatnya insyaAllah


Wallahhua’lam 

Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
25.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email:
jombahagia@gmail.com

Artikel berkaitan: